Friday 30 January 2009

1S Sombong?

Still fresh in memory that our friends from other classes, said that we are so arrogant.

Kenapa?

Diorang tidak dibenarkan masuk ke kelas 1S. Kalau diorang masuk jugak, Hizamy akan tulis nama diorang dan nama diorang akan diberikan kepada Puan Zainin (sekarang beliau mengajar di SMS Sabah) untuk tindakan selanjutnya. Apa tindakan yang diambil pun, kami, pelajar kelas 1S, tak tahu.

Bukan la apa sangat pun. Sebenarnya, Puan Zainin kena marah dengan Tuan Haji Ariffin, pengetua waktu kami tingkatan 1, sebab kelas kami bising. Padahal bukan kami yang bising. Ada kawan2 dari kelas lain yang datang ke kelas 1S, kononnya untuk belajar bersama kami, tapi akhirnya disudahi dengan omong2 kosong dan borak panjang yang tak berkesudahan. Bising la. Siapa mereka, aku pun tak ingat. Ramai sangat kawan2 dari kelas lain yang datang. Kami tak berapa nak kisah sangat pun.

Tapi, bila dah selalu sangat kena marah dengan Puan Zainin, kami pun geram la. Bila semua dah tak tahan kena marah, kami pun sepakat memberitahu hal yang sebenar. Simple. Bila Puan Zainin dapat tahu, tu yang disuruhnya Hizamy ambil nama pelajar2 kelas lain yang datang ke kelas kami. For me, Hizamy just played his role and followed the order. That's all. Tak salah pun. Kesian Hizamy, dia jugak yang kena blacklist.

Itu je, bukan apa, kepada sesiapa yang baca ni, harap anda tahu ye. Tapi seronok bila dikenang kembali memori lama.

Terima kasih pada Puan Zainin binti Dulamit kerana menjadi guru kelas 1S 2003. Seronok belajar di kelas Geografi beliau. Banyak info kami dapat lebih2 lagi tentang negeri di bawah bayu, Sabah, yang juga merupakan tempat kelahirannya.

Hope to see you again, Puan Zainin. =)

Labels:

2 Comments:

Blogger [ faris ] said...

hoho!

mmg2 ni jd isu bebdk klas laen
haha

pn zainin!
yeah!
ckgu geo ak f1 f2 f3..smpai la geo pmr A
thnx alot!hehehe

30 January 2009 at 20:41  
Blogger - abdul hadi abdul muti - said...

haha

3 February 2009 at 17:27  

Post a Comment

<< Home