Monday 16 February 2009

Mula2 Belajar Bahasa Jepun

Kejadian berlaku sejak dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 4. Masuk STAR, kena pilih bahasa asing. Empat bahasa asing yang ditawarkan: Mandarin, Jepun, Perancis & Arab.

Aku mula2 ingatkan nak sambung belajar Bahasa Arab sebab sekolah agama dulu dah belajar, so mesti la senang sikit kan? Bahasa Arab kan bahasa Al-Quran lagipun... Tapi bila fikir2 balik, kat sekolah agama dulu pun setakat lulus je Bahasa Arab, takkan aku nak belajar lagi kut? Ye tak ye... Jadi aku pun batalkan niat nak sambung belajar Bahasa Arab. Aku tak rasa rugi pun tak belajar sebab kalau aku ambil Bahasa Arab kat STAR, sure lagi rugi haha

Second choice - Mandarin. Memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, jadi aku pun decide to learn this language.Waktu tu aku fikir, dah kerja nanti kalau pandai cakap Mandarin, mesti senang nak kerja. Betul tak? Sekarang pun ada sesetengah syarikat nak pekerja dia ada kriteria boleh bercakap bahasa cina. Peluang tu!

Aku pun beratur daftar untuk kelas Bahasa Mandarin. Tapi sampai je part aku nak tulis nama, Miss Cho Lai Fen cakap, "Ops, this class only accept 36 students". Mana aku tak bengang, aku nombor 37 masa tu. Harapan berkecai seribu. Isk2

Aku pun dengan perasan kecewa, sedih serta pasrah, daftarkan diri untuk kelas Bahasa Jepun. Nihongo!! Huhu Mula2 tak minat, tapi memandangkan aku pun suka anime jepun, aku mula untuk belajar menyukai bahasa ni. Seronok jugak. Masa tu, Ainun Sensei & Lee Sau Lan Sensei yang ajar. Seronok la.

Minggu pertama bila start lesson, kitorang kena belajar menulis. Lepas tu ada assignment kena buat. Bukan assignment apa pun, just kena siapkan latihan menulis huruf2 hiragana je. Alah, kacang je beb! Haha...

Lepas seminggu, dapat balik kertas2. Terkejut tahap dewa aku bila tengok semua kena tanda bulat2! Mak aih, takkan semua salah kot? Aku tak puas hati, aku tanya la Ainun Sensei. Ooo rupanya yang bulat2 tu maksudnya betul. Haha apa la orang Jepun ni, kenapa la tanda bulat2. Kenapa tak buat bentuk star ke, empat segi ke, tak pun tanda 'piece'. Haha melalut pulak.

Itu je nak cerita kali ni. Aku tau agak boring kalau korang baca. Takpe, nanti aku tulis cerita yang lain2 pulak. Pengalaman aku berkenalan dengan seseorang (cewah siapa tu?) disebabkan aku belajar Bahasa Jepun ni. See you later in the next post!

Labels: ,

Gaduh Dengan Senior

Memandangkan cuti semester dah mula, aku nak cerita banyak2 pasal life kat STAR dulu. Kali ni nak cerita pasal perkara yang paling diidamkan oleh pelajar junior - gaduh dengan senior. Kononnya macho la kalau junior gaduh dengan senior. Huhu Tapi sebenarnya pergaduhan aku dengan senior ni disebabkan oleh budak batch aku jugak. Nama dia MUHD ARIFF BIN ANUAR. Seorang yang berperangai macam pukimak!

Kisah ni berlaku masa latihan pancaragam kat sekolah dulu. Sectional training. Aku main clarinet la, as y'all know. My senior that time (aku tak mengaku pun diorang tu senior aku sebab diorang agak bangang la) were HK and Latip. Time training, performance kurang baik. Biasa la, junior kan. Mana pandai sangat main. So, Latip as section leader, test sorang demi sorang. Aku pun terkantoi la di situ. Latip suruh aku pumping kat atas jalan tar, tengah2 panas. Babi betul. Lepas tu dia suruh aku training tengah2 panas sorang2. Aku buat bodoh je, ambil port kat tempat redup sikit. Latip tak puas hati.

Aku terus la buat bodoh, sambil tu aku training, cuba sampai dapat part scaling yang susah tahap gaban tu. 16-running-nots in 2 beats, memang la susah for me, as junior. Disebabkan aku buat bodoh, dia bengang la tu kot, lepas tu dia tendang stand untuk letak skor lagu. Terpelanting tapi tak kena aku sebab aku elak (mesti la pandai elak, aku kan bijak, tak macam diorang, sewel).

"Apahal ni?" aku tanya la dia. Dia cakap aku macam sial. Dalam hati aku, aku cakap, "Err bukan ko lagi sial ke?" Haha. Lepas tu dia cakap aku kurang ajar. Memang la, sebab tu aku belajar, dol!! Lepas tu lagi, dia cakap kat aku, aku tak datang training petang2. Aku pelik la. Apsal pulak aku tak datang? Latip cakap Arip bagitau. Memang aku panas! Arip memang sial. Lagi sial dari Latip!

Aku cakap kat Latip aku datang petang2 training. Lepas tu dia cakap, "Habis tu, Arip cakap ko tak datang petang2, apsal?"... Aku tengok muka dia, aku cakap, "Kenapa nak dengar cakap Arip? Dia tu dah la pembohong besar. Kenapa ko tak datang petang2, tengok dengan mata ko sendiri, siapa datang, siapa tak datang & ajar junior ko (aku) yang tak tahu ni? Ko petang2 main rugby tapi tak pernah nak peduli junior ko!"... Terdiam Latip lepas tu.

Then aku letak clarinet kat atas kerusi lepas tu terus jalan laju2 nak ke rumah cikgu. Aku tak kira, aku nak report jugak pada Cikgu HEM pasal senior tu tendang stand skor lagu kat aku. Habis la dia kena buang sekolah (aku dah happy je & tak sabar nak jumpa cikgu hehe jahat gila aku).

Tapi tiba2 pulak aku dipujuk oleh sekumpulan senior yang jugak macam sial, geng2 Latip. Aku tengok ada senior tu buat bodoh je. Sure dia pun tak suka dengan Latip. Memang sah Latip tak disukai ramai macam susu lemak berkrim (melalut) haha. Aku pun tak tahu kenapa la aku cancel niat nak jumpa cikgu lepas diorang pujuk aku. Setan betul la diorang tu!

Pengalaman ni memang best. Sejak daripada kejadian tersebut, wah nama aku melonjak-lonjak naik dengan senior dalam band. Bukan tu je, senior house aku yang takde kaitan pun boleh tau. Saje je diorang nak besar2 kan hal. Tau la aku market pun masa tu heh

Kesimpulannya, Arip memang cibai!!! Muahaha

Labels: ,

Saturday 31 January 2009

Cikgu Shahnun Kena Kacau

Cerita ni boleh tahan jugak la seramnya. Perkara ni berlaku masa latihan pancaragam (band) masa kat astaka sekolah.

Blok Rumah Kuning atau pun Yellow House ni, masa aku form 2, tak dihuni oleh sesiapa sebab blok ni dijadikan stor menyimpan barang je. Tengok dari jauh pun dah tahu seram. Ada satu malam tu, Cg Shahnun menjalankan tugas seperti biasa sebagai seorang warden. Tiba2 budak2 band semua tertumpu pada satu objek yang berlari pantas ke arah Yellow House. Bila diamati betul2, Cg. Shahnun rupanya. Mula2 kitorang tak buat apa2 sebab ingatkan takde apa2 yang berlaku, tapi makin lama, makin pelik pulak kelibat Cg Shahnun.

Cg Shahnun dah jadi macam orang tak betul masa tu. Aku junior lagi, mesti la takut gila. Seram! Lepas tu Cg Shahnun tak habis2 cakap ada perempuan pakai baju putih, rambut panjang, memanggil beliau ke Yellow House. Nasib baik Cg Izaheri ada sekali, halang Cg Shahnun dari terus ke Yellow House. Aku? Cuak gila. Yela, baru form 2. Senior pulak selalu cerita benda2 seram ni. Ingatkan diorang saje2 je nak takutkan junior. Tapi bila dah terjadi depan mata, tak ke cuak? Huhu

Kitorang, junior, diarahkan balik. Aku diam tak cakap apa2. Masa tu, memang takut sangat. Tidur malam tu pun, aku asyik terbayang je. Isk seram la. Meremang bulu badan aku =p

Seminggu lepas tu kot, masa kelas Sejarah, Cg Izaheri sempat bercerita yang beliau pun kena kacau jugak pada malam yang sama Cg Shahnun kena kacau. Cg Izaheri cakap, pintu rumah diketuk berkali-kali tapi takde orang. Lepas tu, tingkap dibaling batu, atap rumah ada bunyi bergeser & macam2 lagi. Lepas tu, sempat pulak Cg Izaheri cakap kat kelas, White House tu tempat yang paling 'keras'. Huh? Dah la aku duduk kat blok tu. Wuaa~

Labels: ,

Prep Malam

Hu.Ha.

Cerita pasal prep malam. Masa aku form 2S, kami ada seorang kawan yang hobinya tidur je. Tak kisah la bila2, waktu prep je, mesti dia tidur kat belakang kelas. Beliau ialah saudara Muhyi. Haha Muhyi, jangan marah =p

Muhyi ni, selalu tidur kat belakang kelas beralaskan kertas2 surat khabar lama. Kami selalu kacau dia tidur. Peliknya, walaupun kami dah buat macam2, kacau dia tidur, tapi dia tak sedar2 dan tak bangun2 jugak. Dahsyat betul dia. Khusyu' tidur. Entah mimpi basah apa pun tak tahu. Heh

Apa yang kitorang buat? Conteng muka, tutup lubang hidung dia & macam2 lagi la, tapi tak berjaya membangunkan beliau. Huhu hebat2 kau, Muhyi...

Ada sekali tu, Hizamy pulak yang kena. Dia tidur waktu prep malam. Siap ada jam loceng lagi kat atas meja dia. Bila habis waktu prep, kitorang tinggalkan dia senyap2, sorang2 dalam kelas yang gelap (kitorang tutup semua lampu). Bila tepat jam 11.10 malam, jam loceng tu berbunyi. Hizamy bangun, lepas tu, dia mamai kot, muka blank je dan terus sambung tidur. Ada ke patut? Kitorang yang kat luar kelas, menghendap dari cermin, ketawa berdekah-dekah. Tapi kesiankan kawan, kami kejutkan dia. Haha

Untuk pengetahuan korang semua, Muhyi sekarang sedang membuat TESL dan Hizamy dalam nidang engineering. InsyaAllah mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi. Tahniah.

Labels: ,

Preparation Class

Preparation class or famously known as 'prep' for boarding school students, where students spend their time for studying, is tremendously great. Why?

Masa tingkatan 1 sampai la tingkatan 3, prep petang adalah waktu yang paling sesuai untuk tidur. Ya, tidur. Bukan aku je yang buat, ramai lagi kawan2 yang tidur waktu prep petang. Sekurang-kurangnya, aku tidur kadang2 je. Biasanya prep petang aku cuba habiskan semua homework yang cikgu2 bagi. Kalau takde homework, baru tidur. =p

Prep malam lagi seronok sebab sejuk. Dah sejuk lagi senang la nak tidur. Tapi, aku ni nokturnal kot. Prep malam lagi susah nak tidur dari prep petang. Mungkin prep petang lagi memenatkan bagi aku. Aku ambil peluang prep malam untuk menelaah pelajaran dan buat sedikit revision. Paling penting, 'one-step-ahead'. Kena baca apa yang cikgu2 nak ajar untuk keesokan harinya. Memang kena baca sebab kalau esoknya, cikgu tanya, dan tak dapat jawab, berdiri sampai habis kelas la jawabnya huhu

Tapi bila masuk tingkatan 4 dan 5, waktu prep petang atau malam, aku tak tidur langsung kecuali memang penat sangat2. Masa form 4 & 5, waktu prep ni rasa macam pendek sangat. Tak tahu kenapa.

Kalau ada rawcall ke, spotcheck ke, waktu prep oleh warden, kami memang bengang gila (kelas aku je - 4T & 5S. Kelas lain, tak pasti). Kenapa la nak kacau waktu prep? Sakit hati betul lah... Buat la waktu lain. Homework dah la berlambak nak kena buat. Nak buat revision lagi, study lagi?... Hmmm

Ada lagi cerita menarik pasal prep malam, pasal macam mana kami pedajal kawan2 yang tidur. Haha... Wait for the next post ya! =p

Labels:

Friday 30 January 2009

1S Sombong?

Still fresh in memory that our friends from other classes, said that we are so arrogant.

Kenapa?

Diorang tidak dibenarkan masuk ke kelas 1S. Kalau diorang masuk jugak, Hizamy akan tulis nama diorang dan nama diorang akan diberikan kepada Puan Zainin (sekarang beliau mengajar di SMS Sabah) untuk tindakan selanjutnya. Apa tindakan yang diambil pun, kami, pelajar kelas 1S, tak tahu.

Bukan la apa sangat pun. Sebenarnya, Puan Zainin kena marah dengan Tuan Haji Ariffin, pengetua waktu kami tingkatan 1, sebab kelas kami bising. Padahal bukan kami yang bising. Ada kawan2 dari kelas lain yang datang ke kelas 1S, kononnya untuk belajar bersama kami, tapi akhirnya disudahi dengan omong2 kosong dan borak panjang yang tak berkesudahan. Bising la. Siapa mereka, aku pun tak ingat. Ramai sangat kawan2 dari kelas lain yang datang. Kami tak berapa nak kisah sangat pun.

Tapi, bila dah selalu sangat kena marah dengan Puan Zainin, kami pun geram la. Bila semua dah tak tahan kena marah, kami pun sepakat memberitahu hal yang sebenar. Simple. Bila Puan Zainin dapat tahu, tu yang disuruhnya Hizamy ambil nama pelajar2 kelas lain yang datang ke kelas kami. For me, Hizamy just played his role and followed the order. That's all. Tak salah pun. Kesian Hizamy, dia jugak yang kena blacklist.

Itu je, bukan apa, kepada sesiapa yang baca ni, harap anda tahu ye. Tapi seronok bila dikenang kembali memori lama.

Terima kasih pada Puan Zainin binti Dulamit kerana menjadi guru kelas 1S 2003. Seronok belajar di kelas Geografi beliau. Banyak info kami dapat lebih2 lagi tentang negeri di bawah bayu, Sabah, yang juga merupakan tempat kelahirannya.

Hope to see you again, Puan Zainin. =)

Labels:

Ghost Story 2

Cerita 2
Ni cerita yang seterusnya. Waktu form 1 la, tapi bukan kat White House. Masa form 1, aku kelas 1S, satu-satunya kelas yang ada kat aras atas blok akademik tingkatan 1. Aku dengan Samad waktu tu, ada jugak terdengar dari Anas dan Harith (a.k.a. biskut =p) pasal diorang kena kacau. Tak tahu lah kacau apa. Dari apa yang aku dengar, cerita diorang macam ni:

Anas:
Dia pergi bilik air sorang2 waktu petang lepas prep. Okay, aku bagi gambaran sikit pasal condition bilik air tu. Masa masuk, jalan terus, ada sinki dan cermin. Sebelah sinki, kanan dan kiri, ada bilik kecil untuk paip besar untuk bekalan air dan mestilah ada pintu. Pintu macam bilik air korang la jugak.

Masa Anas tengah basuh tangan kot, pintu yang bahagian kanan atau kiri (aku tak sure, confuse dengan cerita Harith) terbuka dan tertutup banyak2 kali secara automatik. Mula2 dia ingat Hisyam main2 atau orang lain main2, tapi bila dia bukak bilik paip tu, takde orang langsung. Angin pun takde. Jadi dia pun hairan kenapa boleh jadi macam tu.

Lepas dia keluar bilik air dan pergi semula ke kelas, dia pun cerita pada Harith sebab waktu tu Harith ada dan Harith memang selalu balik lambat pun.

Harith:
Dia memang selalu balik lambat lepas prep petang. Cerita dia pulak, macam ni...

Ada satu hari tu, dia pergi ke bilik air yang sama. Aku sekali lagi tak sure, pintu yang kanan atau kiri, yang terbuka dan tertutup berulang-ulang kali. Harith pun chow la lepas tu. Takut kot...

Aku dan Samad:
Waktu prep pagi hari Ahad. Aku ajak Samad temankan aku pergi bilik air memandangkan aku ni pemalu dan penakut sikit orangnya hehe. Kitorang masuk bilik air bersama-sama (romantik heh) dengan aku menghadap ke cermin dan Samad menghadap aku. Tiba2 aku nampak pintu di bahagian kanan terbuka dan tertutup banyak2 kali dan Samad pulak nampak pintu yang bahagian kiri jadi perkara yang sama. Apa lagi, aku pun cabut la~

Lepas tu Samad cakap kat aku, kenapa cabut lari? Patutnya, 'benda' tu tak buat apa2, kita buat tak tahu je la. Ah tak nak aku! Seram. Err scary la, meremang aku type cerita ni.

Labels: