Saturday 31 January 2009

Cikgu Shahnun Kena Kacau

Cerita ni boleh tahan jugak la seramnya. Perkara ni berlaku masa latihan pancaragam (band) masa kat astaka sekolah.

Blok Rumah Kuning atau pun Yellow House ni, masa aku form 2, tak dihuni oleh sesiapa sebab blok ni dijadikan stor menyimpan barang je. Tengok dari jauh pun dah tahu seram. Ada satu malam tu, Cg Shahnun menjalankan tugas seperti biasa sebagai seorang warden. Tiba2 budak2 band semua tertumpu pada satu objek yang berlari pantas ke arah Yellow House. Bila diamati betul2, Cg. Shahnun rupanya. Mula2 kitorang tak buat apa2 sebab ingatkan takde apa2 yang berlaku, tapi makin lama, makin pelik pulak kelibat Cg Shahnun.

Cg Shahnun dah jadi macam orang tak betul masa tu. Aku junior lagi, mesti la takut gila. Seram! Lepas tu Cg Shahnun tak habis2 cakap ada perempuan pakai baju putih, rambut panjang, memanggil beliau ke Yellow House. Nasib baik Cg Izaheri ada sekali, halang Cg Shahnun dari terus ke Yellow House. Aku? Cuak gila. Yela, baru form 2. Senior pulak selalu cerita benda2 seram ni. Ingatkan diorang saje2 je nak takutkan junior. Tapi bila dah terjadi depan mata, tak ke cuak? Huhu

Kitorang, junior, diarahkan balik. Aku diam tak cakap apa2. Masa tu, memang takut sangat. Tidur malam tu pun, aku asyik terbayang je. Isk seram la. Meremang bulu badan aku =p

Seminggu lepas tu kot, masa kelas Sejarah, Cg Izaheri sempat bercerita yang beliau pun kena kacau jugak pada malam yang sama Cg Shahnun kena kacau. Cg Izaheri cakap, pintu rumah diketuk berkali-kali tapi takde orang. Lepas tu, tingkap dibaling batu, atap rumah ada bunyi bergeser & macam2 lagi. Lepas tu, sempat pulak Cg Izaheri cakap kat kelas, White House tu tempat yang paling 'keras'. Huh? Dah la aku duduk kat blok tu. Wuaa~

Labels: ,

Prep Malam

Hu.Ha.

Cerita pasal prep malam. Masa aku form 2S, kami ada seorang kawan yang hobinya tidur je. Tak kisah la bila2, waktu prep je, mesti dia tidur kat belakang kelas. Beliau ialah saudara Muhyi. Haha Muhyi, jangan marah =p

Muhyi ni, selalu tidur kat belakang kelas beralaskan kertas2 surat khabar lama. Kami selalu kacau dia tidur. Peliknya, walaupun kami dah buat macam2, kacau dia tidur, tapi dia tak sedar2 dan tak bangun2 jugak. Dahsyat betul dia. Khusyu' tidur. Entah mimpi basah apa pun tak tahu. Heh

Apa yang kitorang buat? Conteng muka, tutup lubang hidung dia & macam2 lagi la, tapi tak berjaya membangunkan beliau. Huhu hebat2 kau, Muhyi...

Ada sekali tu, Hizamy pulak yang kena. Dia tidur waktu prep malam. Siap ada jam loceng lagi kat atas meja dia. Bila habis waktu prep, kitorang tinggalkan dia senyap2, sorang2 dalam kelas yang gelap (kitorang tutup semua lampu). Bila tepat jam 11.10 malam, jam loceng tu berbunyi. Hizamy bangun, lepas tu, dia mamai kot, muka blank je dan terus sambung tidur. Ada ke patut? Kitorang yang kat luar kelas, menghendap dari cermin, ketawa berdekah-dekah. Tapi kesiankan kawan, kami kejutkan dia. Haha

Untuk pengetahuan korang semua, Muhyi sekarang sedang membuat TESL dan Hizamy dalam nidang engineering. InsyaAllah mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi. Tahniah.

Labels: ,

Preparation Class

Preparation class or famously known as 'prep' for boarding school students, where students spend their time for studying, is tremendously great. Why?

Masa tingkatan 1 sampai la tingkatan 3, prep petang adalah waktu yang paling sesuai untuk tidur. Ya, tidur. Bukan aku je yang buat, ramai lagi kawan2 yang tidur waktu prep petang. Sekurang-kurangnya, aku tidur kadang2 je. Biasanya prep petang aku cuba habiskan semua homework yang cikgu2 bagi. Kalau takde homework, baru tidur. =p

Prep malam lagi seronok sebab sejuk. Dah sejuk lagi senang la nak tidur. Tapi, aku ni nokturnal kot. Prep malam lagi susah nak tidur dari prep petang. Mungkin prep petang lagi memenatkan bagi aku. Aku ambil peluang prep malam untuk menelaah pelajaran dan buat sedikit revision. Paling penting, 'one-step-ahead'. Kena baca apa yang cikgu2 nak ajar untuk keesokan harinya. Memang kena baca sebab kalau esoknya, cikgu tanya, dan tak dapat jawab, berdiri sampai habis kelas la jawabnya huhu

Tapi bila masuk tingkatan 4 dan 5, waktu prep petang atau malam, aku tak tidur langsung kecuali memang penat sangat2. Masa form 4 & 5, waktu prep ni rasa macam pendek sangat. Tak tahu kenapa.

Kalau ada rawcall ke, spotcheck ke, waktu prep oleh warden, kami memang bengang gila (kelas aku je - 4T & 5S. Kelas lain, tak pasti). Kenapa la nak kacau waktu prep? Sakit hati betul lah... Buat la waktu lain. Homework dah la berlambak nak kena buat. Nak buat revision lagi, study lagi?... Hmmm

Ada lagi cerita menarik pasal prep malam, pasal macam mana kami pedajal kawan2 yang tidur. Haha... Wait for the next post ya! =p

Labels:

Friday 30 January 2009

1S Sombong?

Still fresh in memory that our friends from other classes, said that we are so arrogant.

Kenapa?

Diorang tidak dibenarkan masuk ke kelas 1S. Kalau diorang masuk jugak, Hizamy akan tulis nama diorang dan nama diorang akan diberikan kepada Puan Zainin (sekarang beliau mengajar di SMS Sabah) untuk tindakan selanjutnya. Apa tindakan yang diambil pun, kami, pelajar kelas 1S, tak tahu.

Bukan la apa sangat pun. Sebenarnya, Puan Zainin kena marah dengan Tuan Haji Ariffin, pengetua waktu kami tingkatan 1, sebab kelas kami bising. Padahal bukan kami yang bising. Ada kawan2 dari kelas lain yang datang ke kelas 1S, kononnya untuk belajar bersama kami, tapi akhirnya disudahi dengan omong2 kosong dan borak panjang yang tak berkesudahan. Bising la. Siapa mereka, aku pun tak ingat. Ramai sangat kawan2 dari kelas lain yang datang. Kami tak berapa nak kisah sangat pun.

Tapi, bila dah selalu sangat kena marah dengan Puan Zainin, kami pun geram la. Bila semua dah tak tahan kena marah, kami pun sepakat memberitahu hal yang sebenar. Simple. Bila Puan Zainin dapat tahu, tu yang disuruhnya Hizamy ambil nama pelajar2 kelas lain yang datang ke kelas kami. For me, Hizamy just played his role and followed the order. That's all. Tak salah pun. Kesian Hizamy, dia jugak yang kena blacklist.

Itu je, bukan apa, kepada sesiapa yang baca ni, harap anda tahu ye. Tapi seronok bila dikenang kembali memori lama.

Terima kasih pada Puan Zainin binti Dulamit kerana menjadi guru kelas 1S 2003. Seronok belajar di kelas Geografi beliau. Banyak info kami dapat lebih2 lagi tentang negeri di bawah bayu, Sabah, yang juga merupakan tempat kelahirannya.

Hope to see you again, Puan Zainin. =)

Labels:

Ghost Story 2

Cerita 2
Ni cerita yang seterusnya. Waktu form 1 la, tapi bukan kat White House. Masa form 1, aku kelas 1S, satu-satunya kelas yang ada kat aras atas blok akademik tingkatan 1. Aku dengan Samad waktu tu, ada jugak terdengar dari Anas dan Harith (a.k.a. biskut =p) pasal diorang kena kacau. Tak tahu lah kacau apa. Dari apa yang aku dengar, cerita diorang macam ni:

Anas:
Dia pergi bilik air sorang2 waktu petang lepas prep. Okay, aku bagi gambaran sikit pasal condition bilik air tu. Masa masuk, jalan terus, ada sinki dan cermin. Sebelah sinki, kanan dan kiri, ada bilik kecil untuk paip besar untuk bekalan air dan mestilah ada pintu. Pintu macam bilik air korang la jugak.

Masa Anas tengah basuh tangan kot, pintu yang bahagian kanan atau kiri (aku tak sure, confuse dengan cerita Harith) terbuka dan tertutup banyak2 kali secara automatik. Mula2 dia ingat Hisyam main2 atau orang lain main2, tapi bila dia bukak bilik paip tu, takde orang langsung. Angin pun takde. Jadi dia pun hairan kenapa boleh jadi macam tu.

Lepas dia keluar bilik air dan pergi semula ke kelas, dia pun cerita pada Harith sebab waktu tu Harith ada dan Harith memang selalu balik lambat pun.

Harith:
Dia memang selalu balik lambat lepas prep petang. Cerita dia pulak, macam ni...

Ada satu hari tu, dia pergi ke bilik air yang sama. Aku sekali lagi tak sure, pintu yang kanan atau kiri, yang terbuka dan tertutup berulang-ulang kali. Harith pun chow la lepas tu. Takut kot...

Aku dan Samad:
Waktu prep pagi hari Ahad. Aku ajak Samad temankan aku pergi bilik air memandangkan aku ni pemalu dan penakut sikit orangnya hehe. Kitorang masuk bilik air bersama-sama (romantik heh) dengan aku menghadap ke cermin dan Samad menghadap aku. Tiba2 aku nampak pintu di bahagian kanan terbuka dan tertutup banyak2 kali dan Samad pulak nampak pintu yang bahagian kiri jadi perkara yang sama. Apa lagi, aku pun cabut la~

Lepas tu Samad cakap kat aku, kenapa cabut lari? Patutnya, 'benda' tu tak buat apa2, kita buat tak tahu je la. Ah tak nak aku! Seram. Err scary la, meremang aku type cerita ni.

Labels:

Ghost Story 1

Hoho this time, let me tell you about ghost things. Uuu~ scared huh?

Well, STAR, 5o years old during my study there, old school, so no wonder if I heard so many ghost stories. Whether they all are fake or true, I couldn't answer that too; indeed. But I'm going to tell you that I, twice experienced these shivers things.

Cerita 1
Masa tingkatan 2, duduk kat White House aras atas. The story begins like this... Masa tu, Kuchai atau pun nama sebenar beliau, Khusairy, he was my dormmate at that time. Kami macam biasa, katil double-decker. Aku dengan Kuchai duduk katil atas, sebelah-menyebelah. Satu hari tu, Kuchai kejut aku tengah2 pagi buta (aku pun tak tahu pukul berapa masa tu) ajak aku teman dia pergi toilet. Dia cakap dia sakit perut. Dia dah cuba kejut Anas (yang duduk bawah katil Kuchai) tapi Anas tidur mati kot, tak sedar huhu. Jadi, aku yang baik hati ni pun, temankan lah Kuchai...

Masa kat toilet, aku pun tunggu je la Kuchai. Aku masuk dalam toilet dengan dia. Eh bukan aku masuk toilet room sama dengan Kuchai, tapi masuk toilet asrama tu la. Bukan yang ada pintu2 kecik tu. =) Ala korang pun tahu kan?... Aku tunggu la kat depan satu toilet room ni, yang paling luar sekali, dekat dengan pintu masuk-keluar toilet. Pintu toilet room tuh terbuka luas. Lepas tu air paip tu menitik, jadi aku nak tutup ketat la kepala paip tu. Tapi...

... aku tergamam lepas tu. Tiba2 pulak air paip yang menitik-nitik tu, keluar dengan banyak dan deras; macam korang buka kepala paip sampai habis. Pergh, aku ni mimpi ke apa?... Aku buat bodoh je la. Tapi lepas tu, air tu menitik-nitik balik. Ait? Aku yang dah cuak gila waktu tu, panggil Kuchai banyak2 kali suruh dia cepat sikit. Entah apa dia buat dalam toilet tu pun aku tak tahu heh...

Aku try lagi sekali nak ketatkan kepala paip tu, tapi jadi benda yang sama. Waaa~ masa tu aku dah tak tahu nak buat apa. Tak habis2 aku panggil nama Kuchai dan suruh dia cepat sikit. Tak lama lepas tu, Kuchai keluar. Fuh lega aku. Aku pun apa lagi, jalan selaju-lajunya la. Kuchai tanya aku kenapa aku rushing, tapi aku cakap aku mengantuk sangat. Lepas tu aku tak boleh tidur. Asyik teringat je.

Esok pagi aku bangun. Aduh, pening betul kepala. Aku rasa kepala aku. Panas. Ha? Aku demam? Isk, tak suka betul la demam ni sebab kena pergi sickbay. Sickbay dah la 'keras', senior aku cakap. Akhirnya, aku buat keputusan, pergi je kelas dalam keadaan demam2. Kesian aku, kan?

Labels:

Thursday 29 January 2009

Exam2

Sorry, it has been a very long time I didn't update this blog. Busy, off course with some assignments, paperworks, etc... University life is tiresome. Okay, talking about exam on the previous post, so now I wanna talk about my whole life with the exams when I was in STAR.

Form 1, top 10. Usually my rank was around 6 or 7. Peperiksaan akhir tahun dapat nombor 7. Hebat2 (ops terpuji diri sendiri pulak).

Form 2, masih lagi mengekalkan kehebatanku. =)

Form 3, ha ni malu sikit nak cerita. Keputusan peperiksaan macam huruf A dengan V. It fluctuated. Kejap top, kejap jatuh. Tapi jatuh tak lah teruk sangat. Masih lagi dalam lingkungan 10-20. Wahaha teruk la tu. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Biasa la kan, dah top, setan2 cakap tak payah belajar, jatuh lah. Lepas jatuh, setan2 gelak kegirangan sampai lupa nak suruh aku tak payah study. Sebab tu la aku top balik. Heh

Form 4, huhu subjek bertambah banyak, jadi faham2lah x]... Keputusan awal2 form 4, memang jatuh habis. Teruk pulak tu. Aku ingat lagi, mula2 dapat nombor 40. Cukup2 makan je. Nasib baik tak fail apa2 subjek. Tapi aku kan hebat, tak semudah itu aku nak serahkan ke'virgin'an (err dalam konteks study ye) aku pada setan2 durjana hua3. Aku study gila2 sampai la aku dapat nombor 20++. Tak ingatlah tapi adus, tak dapat jugak top 10.

Form 5, masuk kelas 5S. Cikgu2 semua ada persepsi yang sama - budak2 kelas S pandai2 belaka. Memang tidak dinafikan (cewah poyo haha) tapi tak semua. Aku masuk kelas 5S pun sebab final Form 4 dapat nombor 12 kot. Isk2 cikgu2 asyik tak masuk kelas je. Eh bukan diorang curi tulang tapi nak fokus lebih pada budak2 kelas lain. Takpe la, aku belajar sorang2 je. (keciwa heh). Tapi trial SPM dapat jugak 8A. Huhu happy2!!

Anyway, thanks so much to all teachers of STAR. Love y'all. Mmuahh cup2 flying kiss haha

Labels: