Monday 16 February 2009

Mula2 Belajar Bahasa Jepun

Kejadian berlaku sejak dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 4. Masuk STAR, kena pilih bahasa asing. Empat bahasa asing yang ditawarkan: Mandarin, Jepun, Perancis & Arab.

Aku mula2 ingatkan nak sambung belajar Bahasa Arab sebab sekolah agama dulu dah belajar, so mesti la senang sikit kan? Bahasa Arab kan bahasa Al-Quran lagipun... Tapi bila fikir2 balik, kat sekolah agama dulu pun setakat lulus je Bahasa Arab, takkan aku nak belajar lagi kut? Ye tak ye... Jadi aku pun batalkan niat nak sambung belajar Bahasa Arab. Aku tak rasa rugi pun tak belajar sebab kalau aku ambil Bahasa Arab kat STAR, sure lagi rugi haha

Second choice - Mandarin. Memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, jadi aku pun decide to learn this language.Waktu tu aku fikir, dah kerja nanti kalau pandai cakap Mandarin, mesti senang nak kerja. Betul tak? Sekarang pun ada sesetengah syarikat nak pekerja dia ada kriteria boleh bercakap bahasa cina. Peluang tu!

Aku pun beratur daftar untuk kelas Bahasa Mandarin. Tapi sampai je part aku nak tulis nama, Miss Cho Lai Fen cakap, "Ops, this class only accept 36 students". Mana aku tak bengang, aku nombor 37 masa tu. Harapan berkecai seribu. Isk2

Aku pun dengan perasan kecewa, sedih serta pasrah, daftarkan diri untuk kelas Bahasa Jepun. Nihongo!! Huhu Mula2 tak minat, tapi memandangkan aku pun suka anime jepun, aku mula untuk belajar menyukai bahasa ni. Seronok jugak. Masa tu, Ainun Sensei & Lee Sau Lan Sensei yang ajar. Seronok la.

Minggu pertama bila start lesson, kitorang kena belajar menulis. Lepas tu ada assignment kena buat. Bukan assignment apa pun, just kena siapkan latihan menulis huruf2 hiragana je. Alah, kacang je beb! Haha...

Lepas seminggu, dapat balik kertas2. Terkejut tahap dewa aku bila tengok semua kena tanda bulat2! Mak aih, takkan semua salah kot? Aku tak puas hati, aku tanya la Ainun Sensei. Ooo rupanya yang bulat2 tu maksudnya betul. Haha apa la orang Jepun ni, kenapa la tanda bulat2. Kenapa tak buat bentuk star ke, empat segi ke, tak pun tanda 'piece'. Haha melalut pulak.

Itu je nak cerita kali ni. Aku tau agak boring kalau korang baca. Takpe, nanti aku tulis cerita yang lain2 pulak. Pengalaman aku berkenalan dengan seseorang (cewah siapa tu?) disebabkan aku belajar Bahasa Jepun ni. See you later in the next post!

Labels: ,

4 Comments:

Blogger Muhammad Rahimi Bin Hasan said...

dulu aku masuk kelas arab,
disebabkan terlalu ramai,
aku kene tendang g kelas perancis,
tapi masa belajar arab untuk 2 kelas tu memang perform ah ngan ustaz mokhtar, aku tido untuk setengah jam yang last,
yang aku ingat..

khaifa haluka??
alhamdulillah,,ana fil khair..
(tak tau ar betul ke tak)hu hu

16 February 2009 at 18:09  
Anonymous Anonymous said...

hak2,zaman aku lak,masa mandarin,mula2 mangat,lama2 xde semangat. Masa f1 aku dh la probloem maker. Mcm shit gak arr perangai,hehe

5 March 2009 at 04:56  
Blogger IMANSHAH said...

eh le sau lan sensei tu mak angkay saya

9 July 2009 at 16:25  
Blogger aimsalv said...

ibrahimkhalil1690@gmail.com

well that's my email...

this is my blog...dont hesitate to drop by and read it...

kandamanja.blogspot.com

9 August 2009 at 14:31  

Post a Comment

<< Home