Friday 21 November 2008

Sekapur Sireh

fTanggal 8 Januari 2003, bermulalah lembaran baru dalam hidupku sebagai seorang pelajar di sebuah instituisi ternama di tengah-tengah bandar Ipoh. Harapan menggunung daripada ibu bapa dan keluarga membuatkan aku cekal dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan dan rona hidup yang jauh sekali berbeza tatkala sebelum menjejakkan kaki ke bumi STAR yang tercinta. Pertama kali aku melihat alma mater ini yang berdiri gah walaupun usianya mencecah hampir setengah abad, aku berjanji pada diriku sendiri, akan ku gapai segala bintang yang bersinar di dada Sang Biru yang terbentang luas sejauh pandangan mata.

Buat malam pertama kalinya aku berjauhan dengan ciuman kasih ibu dan pelukan sayang ayah, aku mula goyah. Rindu menusuk-nusuk di setiap lapisan hati terhadap mereka tetapi dengan segala kudrat yang ku ada, aku mampu menanganinya. "Ah, mereka hanya hilang di pandangan sementara, bukan selamanya. Aku tahu, mereka akan senantiasa menemaniku ke mana jua di setiap ruang pelusuk hatiku", aku bermonolog sehingga hanyut di tengah badai malam yang sunyi dan sepi.

Seminggu berorientasi. Pelbagai pertandingan diharungi bersama hampir 100 rakan baru dari serata negeri. Masih segar di fikiranku apabila aku dinobatkan sebagai 'Pelajar Berpakaian Paling Kemas' oleh Pak Uda, seorang guru kaunseling yang bertauliah di rantau STAR. Terima kasih ayah dan ibu kerana selalu mengajar dan mendidikku agar menjadi orang yang dipandang tinggi. Nasihatmu akan ku sematkan hingga ke nafas terakhirku .

Pagi keesokannya, bermulalah era baru alam persekolahan. Berbaju dan berseluar putih bersih beserta kasut kulit hitam, aku melangkahkan jejak pertama ke perhimpunan pagi di dewan utama sekolah. Ucapan tahniah bertalu-talu di garapkan kepada pelajar Tingkatan 1 waktu itu oleh warga pendidik STAR yang berdedikasi. Terima kasih, cikgu. Gembiranya waktu itu, hanya kami yang tahu. Namun, tawa gembira itu tidak kekal sehingga ayahanda pengetua memberi ucapan. Beliau memberitahu bahawa jika kami mendapat gred 'B' dalam peperikasaan, kami juga akan didenda berlari seperti mana abang-abang senior yang gagal melepasi tanda aras (benchmark: gred A) ,50 pusingan padang sekolah yang berukuran 2 padang bola, 2 padang ragbi dan 1 padang hoki. Ya Allah, apakah ini? Aku optimis. Mungkin inilah cabaran sebagai pelajar sekolah elit, yang menjadi kayu ukur STAR untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Ariffin yang telah menaikkan martabat STAR di bumi Malaysia. Persaraanmu pada tahun 2004 tidak menjadi penghalang untuk warga STAR meneruskan tradisi kecemerlangan tersebut.

Untuk rakanku yang bernama Ahmad Fahmi Adzfar (Opel), terima kasih kerana menjadi orang pertama yang ku kenal. Semoga kenangan bersama tidur di katil 'double-decker' akan kekal hingga ke akhir hayat.

Labels:

School Song


Rouse Up

Rouse up, rouse up young STARians all
Through out the land our voice resounds
It's Tuanku Abdul Rahman's call
To win for him, our youth, our town
Standstead fast STARian for your rights, your word, your dignity, your pride
Come march along we'll conquer on the world
Young STARian side by side
To this glorious school we give
Our pledge of loyalty and love
Oh teachers always in our heart
Behold the golden age of STAR

Standstead fast STARian for your rights, your word, your dignity, your pride
Come march along we'll conquer on the world
Young STARian side by side
Oh teachers always in our heart
Behold the golden age of STAR

History of STAR


SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN atau lebih dikenali sebagai STAR telah ditubuhkan pada tanggal 14 Januari 1957 di sebuah tempat di Ipoh yang dikenali sebagai Baeza Avenue atau kini dikenali dengan nama Ashby Road. Pada masa itu ia dikenali dengan nama THE MALAY SECONDARY SCHOOL (MSS). Objektif penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi pendidikan yang lebih sempurna kepada anak-anak bumiputera luar bandar agar mereka dapat menikmati kemudahan pembelajaran sama seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Pada 2 haribulan Januari 1958, ia telah berpindah dari Baeza Avenue ke tapak sekarang yang pada waktu itu dikenali sebagai ‘Tiger Lane’. STAR telah berubah wajah menjadi sebuah sekolah yang gah dengan bangunannya yang moden waktu itu di atas tapak seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958,sekali lagi sejarah terukir apabila THE MALAY SECONDARY SCHOOL ini telah ditukarkan namanya kepada SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR) seperti yang kita kenali hari ini.

Pada 23 September 1958, Al-marhum Tuanku Abdul Rahman, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Pertama Tanah Melayu telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan pembukaan sekolah ini. Baginda juga telah berkenan menyempurnakan istiadat permasyuran nama sekolah ini dengan nama SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN sempena nama baginda.

Pada peringkat awal, terdapat 16 orang tenaga pengajar telah diamanahkan untuk mendidik 360 orang pelajar yang dibahagikan kepada 5 buah kelas tingkatan satu dan empat buah kelas peralihan. Bahasa pengantar yang digunakan pada waktu itu ialah Bahasa Inggeris. STAR telah menjadi sebuah sekolah yang disegani di bawah kepimpinan pengetuanya yang pertama iaitu Al-marhum Tun Hamdan bin Sheikh Tahir (jawatan yang terakhir beliau ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang).

Sejak hari pertama penubuhannya, STAR telah menjadi tempat bernaung pelajar-pelajar yang datang dari seluruh negara. Ramai anak petani, nelayan dan pekebun telah berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah bertuah ini. Tidak hairan mengapa ia menjadi alma mater bagi seluruh bekas pelajar STAR dan juga guru-gurunya.

Selama lebih daripada empat dekad, STAR telah berjaya mengotakan janjinya untuk melahirkan anak-anak bangsa yang berjaya dalam bidang pelajaran dan kokurikulum. Pada hari ini kita dapat melihat ramai lulusan STAR yang menjadi pemimpin negara yang terbilang, ahli-ahli korporat yang berjaya serta barisan cendikiawan yang disegani ramai. Banyak agensi kerajaan dan swasta yang diterajui oleh anak-anak yang dahulunya pernah menuntut di STAR.

Kini usia STAR sudah menjangkau 50 tahun sama seperti usia negara Malaysia yang tercinta ini, bermakna pada tahun 2007 yang lalu, STAR telah menyambut perayaan JUBLI EMAS menandakan satu usia yang cukup matang bagi sebuah institusi yang disegani di tanah air.

Walaupun STAR pernah melalui pelbagai dugaan serta jerit- perih, namun ia tetap teguh berdiri sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul di negara kita. STAR pernah melalui zaman suka dan duka yang kadang kala mencalarkan sedikit sebanyak reputasinya sebagai sebuah sekolah elit. Namun demikian STAR akan terus gagah melangkah ke hadapan tidak kira apa halangan yang mendatang; ibarat kata pepatah ‘membujur lalu, melintang patah’. Azam untuk berjaya akan terus tersemat di dada seluruh warga STAR. Iltizam untuk meletakkan STAR pada
kedudukan teratas akan terus membara di hati anak-anak didik dan mereka yang terlibat dengan STAR.

Kini walaupun terpaksa bersaing dengan 54 buah lagi Sekolah Berasrama Penuh serta terpaksa berhadapan dengan sekolah-sekolah premier lain di seluruh pelusuk tanah air, STAR akan terus berusaha meletakkan dirinya menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang lagi terbilang di negara ini.

“ILMU PANDUAN HIDUP” dan “TRADISI KECEMERLANGAN” menjadi pegangan kami.

Source : http://www.staripoh.com/portal/